Featured Post Today
print this page
Latest Post
Memaparkan catatan dengan label Coretan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Coretan. Papar semua catatan

Jangan biarkan anak-anak anda menjadi pengemis di Hari Raya

Bila tiba waktu Hari Raya, ramai dikalangan kita menukar wang semata-mata untuk diberikan kepada kanak-kanak. Ada yang telah menjadi satu amalan tetap berdiri dihadapan pintu masjid untuk menghulur wang raya kepada kanak-kanak yang bersolat di pagi raya.

Walau bagaimanapun ada yang merungut, kerana rumahnya dikunjungi oleh kanak-kanak untuk beraya dalam ertika sebenarnya ialah untuk mendapatkan duit raya walaupun mungkin kanak-kanak itu bukan jiran tertangga kerana mereka datang sekumpulan entah daripada mana.

Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.”

Ibubapa harus sedar dan memerhati pergerakan anak-anaknya di waktu suasana raya agar anak-anak tidak menjadi pengemis yang akan mengemis di setiap rumah demi untuk mengumpul duit raya. Amalan dan sikap ini jika dibiar akan menjadi satu tabiat buruk bila dewasa nanti.

Sepatutnya ibubapa lebih mengajar anak-anak untuk memberi terutama bila ada yang meminta. Ibubapa boleh ajar anak-anak mengisi tabung masjid pada hari Jumaat atau hari-hari lain bila singgah untuk bersolat di masjid atau surau.

Anak-anak juga diajar untuk menghulur kepada peminta sedekah dan biasakan diri anak-anak dengan sifat penyanyang dan kesihan belas kepada golongan yang miskin.

Jangan ajar anak mempertikaikan orang yang meminta mungkin ada juga peminta sedekah yang sebenar berpura-pura membuat demikian. Ajar mereka dengan sifat ikhlas.

Sedekah jika sebati pada diri anak-anak kita, sudah pasti akan menjadi suatu yang baik dihari dewasa nanti.

Sedekah mempunyai maksud yang sama ialah menderma, membelanjakan wang atau memberikan sesuatu kepada pihak lain dengan hati yang ikhlas, tanpa mengharapkan sebarang imbalan sebagaimana dalam Firman ALlah s.w.t.

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh.” (al-Munafiquun: 10)

Pemberian sedekah, setidak-tidaknya dengan pemberian itu diharapkan dapat menebus dosa dan memberikan ketenangan, malah yang lebih utama mendapat ganjaran berkali ganda di sisi Allah, seperti dijelaskan Allah pada ayat 261, surah al-Baqarah, bermaksud:

“ Bandingan (pemberian) orang yang membelanjakan har tanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula me ngandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan me lipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (al-Baqarah:261)

Amalan bersedekah daripada satu sudut menggambarkan sifat insani, kemurahan hati dan keluhuran budi seorang manusia. Inilah sifat seharusnya diterap kepada anak-anak kita bukan meminta-minta dengan harapan untuk mendapat dengan lebih cepat dan mudah.

Ajarlah anak-anak kita “Jika memberi, anggaplah suatu pemberian yang kecil dan jika menerima daripada seseoarng, anggaplah suatu besar dan berharga”.
1 ulasan

Kenapa tak boleh tunggu sekejap?

Bulan ramadan ini  jika diperhatikan di kebanyakan tempat, ramai orang sanggup beratur demi untuk mendapatkan juadah yang diigini. Sudah pasti juadah itu enak dan sedap dimakan dan memenuhi kehendak dipembeli yang sanggu beratur dan menunggu begitu lama.

Saya juga memerhati waktu solat hampir disemua masjid dan surau, sikap suka menunggu ini jelas kelihatan. Paling menonjol ialah di waktu solat Jumaat.

Kita dapat perhati bahawa ada yang datang agak lewat, mereka beratur untuk dapatkan giliran bagi mengambil wuduk. Selepas berwuduk, kadang kala mereka ini terpaksa berdiri dan menunggu untuk masuk di pintu-pintu masuk masjid.

Lama berdiri adalah bergantung lama mana khutbah jumaat dibaca.

Yang menjadi musyikil kepada saya ialah selepas solat, sesudah sahaja memberikan salam, ada diantara mereka terus mengangkat punggung dan terus untuk nak pulang. Tak boleh tunggu walaupun sesaat bagi membaca wirid atau berdoa.

Mungkin ada yang kata wirid dan doa bidaah, nabi tak buat. Tapi adakah kerana pendapat bidaah ini membuat kita mengangkat punggung untuk menjauhkan diri daripada rumah ALlah?

Saya tak rasa orang yang berpendapat wirid dan doa bidaah yang suka mengangkat punggung selepas sahaja salam.

Timbul persoalan kepada saya kenapa sebelum solat sanggup tunggu dan berdiri hampir ½ jam tetapi selepas solat tak sanggup tunggu ½ minit sahaja?

Tabiat ini juga banyak berlaku dalam masjis-majlis yang kadang kala meninggalkan majlis tak sempat menggu tetamu dalam majlis turun pentas dan meninggalkan dewan atau majlis.

Tunggu sekejap meraikan majlis dan tunggu sekejap meraikan iman membaca doa dan wirid adalah wajar dengan sifat sabar, sebab semuanya adalah untuk ketaatan kita kepada Illahi.
1 ulasan

Jemputan Daripada Pendana Menteri Malaysia

Semalam (cerita April lalu) dapat jemputan dari YAB Perdana Menteri Malaysia.. Katanya anda antara 70 orang yang dijemput.. Katanya kena jawab untuk pengesahan.. Yabedabedu hehe... Kata yang jadi perantaraan memberi kad jemputan artis yang akan ke majlis ini ialah Dato Siti Nurhaliza dan ramai lagi..

Agaknya apa perasaan kita? Agaknya apa persiapan kita?

Tiap-tiap hari Allah memanggil kita dengan laungan azan. Azan bukan sahaja memberitahu kita tentang waktu solat tetapi menjemput kita untuk mengadap Allah azawajala!

Solat ibarat medium untuk kita luahkan segala-galanya kepada Allah Taala. Solat ini ibarat 'DATE' kita dengan kekasih kita.

Bila kita letakkan cinta kita dalam solat kita untuk bertemu dengan kekasih kita, secara langsung akan wujudnya rasa rindu untuk kita bertemu dengan Dia.

Apabila ada rasa rindu tu, barulah kita akan merasai 'khalawatul Iman', kemanisan iman dalam beribadat. Kita akan rasa tak sedap hati andai kita menangguhkan solat, andai kita terlewat solat jamaah, andai kita tidak dapat tabkiratul ula.

Semua tu akan timbul andai hati kita benar-benar mencintai Allah dan dizahirkan melalui solat kita. Kerana Allah menjemput kita untuk mengadapNya.

Malangnya kita sudah tidak memahami dan membezakan antara Allah dan Perdana Menteri dan kita telah ditipu dengan dunia yang sedikit ini.....
1 ulasan

Sembahyang Macam Orang Gila

Menurut pengertian umum orang gila adalah orang yang sakit jiwa atau yang hilang ingatan disebabkan gangguan pada urat saraf.

Biasanya, jika kita disebut tentang orang gila, maka terbayang di kepala kita seseorang yang kusut masai; tidak mandi; berpakaian lusuh; robek atau koyak disana sini; bahkan ada juga yang berkeliaran dalam keadaan telanjang bulat.

Suka bercakap sendiri atau meracau sesuka hatinya; bahkan kadang-kadang ada juga suka marah dan mengamuk tanpa sebarang alasan yang musababnya.

Namun demikian ada juga orang gila yang penampilannya sama seperti manusia normal bahkan kadang kala sangat menarik dipandang.

Syaikh Abdullah Al-Ghazali dalam Risalah Tafsir menulis satu riwayat (hadis) seperti berikut:


“Pada suatu hari Rasulullah SAW berjalan-jalan melewati sekelompok sahabat yang sedang berkumpul. Lalu baginda bertanya kepada mereka:
“Mengapa kalian berkumpul disini”

Para sahabat tersebut lalu menjawab:
“Ya Rasulullah, ada orang gila yang sedang mengamuk. Oleh sebab itulah kami berkumpul disini.”

Menanggapi hal itu Rasulullah SAW lalu bersabda:
“Sesungguhnya orang ini tidaklah gila (al-majnun), tapi orang ini hanya sedang mendapat musibah. Tahukah kalian, siapakah orang gila yang sebenar-benarnya disebut gila (al-majnuun haqqul majnuun) “.

Para sahabat lalu menjawab: Tidak ya Rasulullah. Hanya Allah dan rasul-Nya jualah yang mengetahuinya.”

Kemudian Rasulullah SAW menjelaskan:
“Orang gila yang sesungguhnya gila (al-majnun haqqul majnun) adalah orang yang berjalan dengan penuh kesombongan; yang membusungkan dadanya; yang memandang orang dengan pandangan yang merendah-kan; lalu berharap Tuhan akan memberinya surga; padahal ia selalu berbuat maksiat kepada-Nya. Selain itu orang-orang yang ada di sekitarnya, tidak pernah merasa aman dari kelakuan buruknya. Dan di sisi yang lain, orang juga tak pernah mengharapkan perbuatan baiknya. Nah, orang semacam inilah yang disebut sebagai orang gila yang sebenar-benarnya gila (al-majnuun haqqul majnuun). Adapun orang yang kalian tonton ini hanyalah sedang mendapat musibah dari Allah.”
Mengikut Rasulullah s.a.w orang gila itu ialah orang yang sombong dan takabur serta memandang rendah kepada orang lain.


Saya tertarik satu difinasi tentang orang gila dari segi sainsnya ialah orang yang bercakap sendiri tanpa dia mengetahui apa yang diucapkannya. Sebab itu banyak filem-filem yang mengambarkan tentang orang gila ditunjukkan sifat bercakap sendiri tanpa dia tahu apa yang diucapkan.

Mengenai sembahyang pula. Kita sembahyang dalam bahasa Arab, tak ada orang sembahyang dalam bahasa ibunda dan tak ada perjuang bahasa mana-mana negara yang nak memperjuangkan sembahyang dalam bahasa ibundanya.

Bahasa Arab buka semua orang faham. Kita sembahyang tiap-tiap hari paling kurang 5 waktu. Ramai orang yang sembahyang tetapi dia tak tahu apa yang diucapkan dalam sembahyang. Mungkin dia boleh sebut dengan fasih dan betul tetapi belum tentu yang sebut dengan fasih dan betul itu faham makna sebenar apa yang disebut.

Untuk dapat khusyu' dalam sembahyang kita memerlukan kefahaman apa yang disebut dan dilakukan, ini bermakna bukan sahaja sebutan yang betul tetapi memahami makna sebutan tersebut dan lebih baik lagi kita mengerti maksud sebenar sebutan tersebut.

"Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya" (Surah Al-Mukminun : ayat 1-2)

Allah telah berfirman yang bermaksud: "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." (SurahAl-Ma'un : ayat 4-5)

Sembahyang tanpa mengetahui makna sebutan, rasanya sama seperti ORANG GILA yang bercakap sendiri tanpa dia mengetahui apa yang diucapkan.

Adakah kita ORANG GILA dalam sembahyang??


0 ulasan

Hutang: Nak bayar atau tidak?

Rata-rata manusia mengalami berhutang atau memberi hutang, jarang sangat, boleh dibilang dengan jari yang tak terbabit dalam hutang. Paling sedih dan menyiksakan ialah hutang tak dibayar walaupun beberapa tahun.

Ada jenis yang berhutang sedikit aje RM100 dan RM200 sahaja, tiap-tiap bulan berhutang dengan alasan gaji tak cukup akhir bulan dan akan bayar bila dapat gaji. Selepas beberapa bulan kemudia tak jelas hutang. Sipiutang pula tension memanjang, nak minta.. ah RM100 aje. Selepas itu kita burn aje...

Ada yang berhutang ribuan ringgit nak buat muka beli kereta, nak mula bisnes dan macam-macam. Janji akan bayar bila ada duit atau bisnes dah ok. Lepas bertahun-tahun lesap aje. Bukan itu sahaja malas selamba aje bila bertemu seolah-olah tak ada apa-apa. Bila tanya belum ada duit nanti akan dibayar... main nanti-nanti akhir dah bertahun tahun.

Ada yang jenis islamik sedikit, dia kata mesti sipiutang akan maafkan untuk mudah masuk syurga sebab kalau ada akan lambat untuk bicara. Jadi dia selamba aje minta halal. Macam mana tak naik hangin!! Tapi ikut Islam kerana redhaan ganjaran besar disisi Allah.

Ini dikalatakan menggunakan agama. Patutlah Along kejam dalam mengambil balik hutang!!!

Sedar tak sedar, orang yang berhutang walaupun dia selamba buat tak kisah dengan hutang, dia akan sentiasa hina dan rendah diri. Yang berada dalam jamaah berhutang dan kadang kala bermesyuarat sekali, yang berhutang akan sentiasa mengalah walaupun dia rasa macam 'hero' tak bayar hutang.

Jenis yang hutang RM2-3 ribu tu kalau nak bayar bukan tak boleh, buat aje potongan tabung haji kepada sipiutang, walaupun RM50 sebulan, Insya-ALlah hutang akan langsai. Tapi perkara kecil sebegini pun tak dibuatnya... walaupun hutang dah nak masuk 10 tahun tak bayar.

Apatah lagi hutang dengan adik beradik, boleh renggang hubungan. Kalau hutang dah ada jika terdesak nak duit walaupun RM100 adik beradik tak berapa nak bagi mulailah jual adik beradik tak nak tolong sedangkan selama ini RM5 - 6 ribu tu siapa yang bagi. Semuanya dah tak masuk dalam kepala masih ulang nak pinjam RM100 tak bagi...

Rasulullah s.a.w. pernah berdoa memohon kepada Allah supaya dijauhi daripada hutang dengan sabdanya sebagaimana yang diriwayatkan oIeh An-Nasai :
Ertinya: “Ya Allah!, sesungguhnya Aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang, lalu bertanya seseorang kepadanya: Alangkah banyaknya doa Engkau meminta jauh dari hutang?, maka Baginda menjawab: “Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia memungkiri”.

Rasulullah s.a.w. juga pernah menggambarkan mengenai golongan manusia yang sengaja tidak mahu membayar hutang. Sabda nabi s.a.w. Riwayat Bukhari:
Maksudnya: “Barangsiapa yang mengambil harta orang lain (berhutang) dengan niat ingin membayarnya kembali, Allah akan menolongnya dalam membayar kembali, namun barangsiapa yang mengambilnya dengan niat untuk menghilangkannya, maka Allah akan menolong menghilangkannya”.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang diriwayatkan oIeh Imam Bukhari:
Maksudnya : “Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid kecuali jika ia mempunyai hutang”.     Oleh itu, marilah kita menyedari tentang pentingnya untuk setiap orang membayar hutang masing-masing, demi menjaga kepentingan bermasyarakat.

Maksudnya: “Bukan demikian, sebenarnya sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertakwa”. (Ali ‘Imran: 76)  
Pasal tu hutang perlu kena bayar sedikit demi sedikit sekurang-kurang ada kesungguhan untuk menjauhi daripada belenggu hutang!
1 ulasan
 
© Luahan hati yang tersemat
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger