Selamatkan diri sendiri dahulu sebelum selamatkan orang lain

Jika anda selalu berulang alik dengan menggunakan pengakutan udara, misalnya kapal terbang. Anda akan diulangi dengan cara-cara untuk mengunakan topeng gas apabila berlaku kecemasan. Paramugari selalunya memeringatkan jika ada penumpang meriba anak kecil, pastikan ibu dahulu mendapatkan penafasan oksigen barulah diberikan kepada anak kecil.

Secara logiknya ibu bapa yang sayangkan anak sanggup berkorban demi menyelamatkan anak-anak mereka. Tak kira bangsa atau agama, secara tabie ini memang benar.

Tapi dalam keadaan ini, ibu mesti mendapatkan oksigen dahulu, barulah anak kecil diberikan penafasan. Konsepnya mudah, seorang yang nak menyelamatkan orang lain mestilah mempunyai kekuatan yang mampu untuk proses penyelamatan. Kalau anak itu diberikan penafasan mungkin ibu keletihan dia tak bertahan dengan maut dan tentu sekali dia juga tak mampu untuk menyelamatkan anaknya.

Pasal itu Allah memperingatkan tentang hal ini "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (at-Tahrim, 66:6)

Allah pun sebut selamat diri kita dahulu, baru selamatkan keluarga kita.

Kalau Ayah tak solat, keluarganya tak mungkin solat melainkan Allah menyayanginya. Kalau Ayah tak ambil indah pasal aurat, keluarga pun akan terabai pasal aurat.

Sebagai ketua keluarga, prihatinkah kita dengan tingkah laku isteri kita. Anak perempuan kita. Ramai orang yang tidak lekang dek surau dan masjid. Solatnya dan ibadatnya cukup menyentuh hati, tapi malang keluarganya masih terumbang ambing.

Pasal itu pernah seorang kawan yang telah kerkahwin lebih drp 15 tahun meminta pandangan saya mahu bercerai dengan isterinya saya menasihatkannya lebih baik bercerai. Dia punyai anak ramai dan dia pelik bertanyakan saya kenapa awak seorang sahaja setakat ini menasihatkan saya bercerai sedangkan semua mereka suruh saya bersabar dan mempertahankan rumahtangga.

Saya jawab ringkas, awak baik amalannya, setahu saya puasa Isnin dan Khamis jarang sangat tinggal, tapi awak tak boleh kawal isteri dan anak-anak. Sekurang-kurang awak telah lepas satu daripada kaitan api neraka di titian sirat nanti.

Dia terdiam.

Perkuatkan diri kita daripada perkara yang nampak remeh tetapi sebenarnya adalah semacam api dalam serkam memakan amalan dan tanggungjawab kita sehingga kita lemah dan tidak boleh berhadap dengan Allah kerana kita mengabaikan tanggungjawab untuk menyelamat terutama dengan orang yang rapat dengan kita. Di masa itu kita adalah orang yang bangkrap di hadapan Allah walaupun kita didunia banyak amalan.
Share this article :

Catat Ulasan

 
© Luahan hati yang tersemat
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger