Menolong atau mengenakan bayaran?

Kawan saya adalah seorang guru sains, dia juga ada kemahiran komputer. Kemahiran komputernya merangkumi pelbagai aspek, membaiki, membuat desktop publishing, programming asas, membuat video, internet, membina laman web, server dan malah dia juga tahu sikit sebanyak php.

Kemahirannya membolehkan dia membuat kerja part-time dan saya percaya kalau dia membuka kedai komputer kedainya maju kerana dia adalah seorang yang jujur dalam banyak hal.

Kawan saya ini tak suka berniaga malah jika dia membaiki atau membuat apa sahaja, sedikit pun bayaran tak dikenakan.

Saya pernah katakan kepada dia kenapa dia tak ambil bayaran. Rugilah macam tu. Sesetengahnya orang yang ditolong itu mampu untuk membayar, sekurang-kurang membantu duit poket dia.

Dia tersenyum dan menjawab, "Tak ambil bayaran lebih menguntungkan". Gelaknya membuatkan saya terfikir.

Dia kata pada saya. Saya bagi satu contoh untuk membuktikannya. Pada tahun 2001 iaitu 10 tahun lalu saya telah membaiki komputer sebuah kedai percetakan. Kalau upah biasa saya sepatutnya dapat RM100 pada masa itu, tapi satu sen pun saya tak ambil walaupun beberapa kali cuba diberi oleh tuan punya kedai percetakan tersebut.

Pada logiknya kalau saya ambil duit itu pun tak apa pasal tokel kedai percetakan itu adalah paling besar da maju di kawasan saya.

Akibat daripada tak ambil duit, hubungan saya dengan tokel itu cukup rapat dan mesra. Malah jika kami tersempat dikedai makan, saya memang tak sempat membayar duit mesti dibelanjakan oleh tokel ini. Banyak kali juga saya nak cetak apa-apa kadang kala tak dikenakan bayaran pun. Kad kahwin saya, setelah berapa kali saya tak harga untuk bayaran di diamnya.

Cuba kira 10 tahun, berapa banyak saya dapat keuntungan. Ok. Kalau saya ambil duit masa 10 tahun lalu. Hubungan saya tak erat seperti sekarang, malah saya tak akan dibelanja setiap kali tersempak di mana-mana warung.

Hujah kawan saya itu cukup menyentuh, sifat bermurah, membantu, memberikan keutamaan kepada orang lain sebenar tidak sedikit pun merugikan kita walaupun pada zahirnya orang nampak rugi. Tapi hakikatnya kita dipandang mulia. Itu belum lagi janji pahala di sisi Allah s.w.t.

Kenapa susah untuk kita meringankan tangan membantu tanpa sebarang 'upah'
Share this article :

Catat Ulasan

 
© Luahan hati yang tersemat
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger