Master, PhD dan darjat

Saya ada kawan yang lulusan biasa, bukan graduan bekerja di satu tempat bersama dengan ramai rakan sekerja yang lulusan agak tinggi. Dia nampak tak selesa kerana ada dikalangan rakan yang graduan selalu memperkecilkan pandangan atau pendapatnya.

Kawan saya ini Allah berikan sedikit kelebihan, dia agak pandai pasal komputer daripada hardware hinggalah solfware. Allah berikan dia 'terang hati' dalam bab ini. Ini perkara biasa, ramai orang tak pernah sekolah pun pandai berniaga, tok iman di tempat saya dulu sekolah SRP aje, pandai kitab agama seperti lulusan Azhar.

Suatu masa kebetulan si graduan yang selalu memperkecilkan kawan saya ini melanjutkan pelajaran mengambil master. Ada kajian dia buat yang memerlukan pengetahuan program SPSS (statistical analysis program in social science). Dia mencari orang untuk membantu dia memahami program SPSS ini dan ramai dikalangan yang ditanya merujuk dan meminta supaya dia mendapat bantuan kawan saya iaitu rakan sekerjanya sendiri.

Akhirnya dia datang ke rumah kawan saya dan hampir 3 malam berturut-turut kawan saya membantu dia menyelesaiakn kajian masternya. Walaupun dihulur wang kawan saya menolak dan hanya meminta belanja makan di warong kecil sahaja untuk 3 malam itu.

Lihat bagaimana Allah menunjukkan darjat seseorang itu boleh jadi tinggi walapun dia tidak graduan dia mampu mengajar graduan master dan PhD.

Kita kadangkala Allah bagi ilmu dan kekayaan. Kita lalai dan leka dengan rakan-rakan sekerja yang dianggap kononnya golongan kelas bawahan. Begitu juga dengan jiran di sebelah rumah, kita kadang kala pandang sebelah mata sahaja, tak kisah apa berlaku kepada mereka seolah-olah mereka tiada pun tak apa.

Ingat bila Allah nak menghina kita, kita terpaksa merangkak meminta bantuan kepada orang yang kita selalu pandang hina. Itu darjat sebenarnya!!
Share this article :

Catat Komen

 
© Luahan hati yang tersemat
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger