Jangan biarkan anak-anak anda menjadi pengemis di Hari Raya

Bila tiba waktu Hari Raya, ramai dikalangan kita menukar wang semata-mata untuk diberikan kepada kanak-kanak. Ada yang telah menjadi satu amalan tetap berdiri dihadapan pintu masjid untuk menghulur wang raya kepada kanak-kanak yang bersolat di pagi raya.

Walau bagaimanapun ada yang merungut, kerana rumahnya dikunjungi oleh kanak-kanak untuk beraya dalam ertika sebenarnya ialah untuk mendapatkan duit raya walaupun mungkin kanak-kanak itu bukan jiran tertangga kerana mereka datang sekumpulan entah daripada mana.

Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.”

Ibubapa harus sedar dan memerhati pergerakan anak-anaknya di waktu suasana raya agar anak-anak tidak menjadi pengemis yang akan mengemis di setiap rumah demi untuk mengumpul duit raya. Amalan dan sikap ini jika dibiar akan menjadi satu tabiat buruk bila dewasa nanti.

Sepatutnya ibubapa lebih mengajar anak-anak untuk memberi terutama bila ada yang meminta. Ibubapa boleh ajar anak-anak mengisi tabung masjid pada hari Jumaat atau hari-hari lain bila singgah untuk bersolat di masjid atau surau.

Anak-anak juga diajar untuk menghulur kepada peminta sedekah dan biasakan diri anak-anak dengan sifat penyanyang dan kesihan belas kepada golongan yang miskin.

Jangan ajar anak mempertikaikan orang yang meminta mungkin ada juga peminta sedekah yang sebenar berpura-pura membuat demikian. Ajar mereka dengan sifat ikhlas.

Sedekah jika sebati pada diri anak-anak kita, sudah pasti akan menjadi suatu yang baik dihari dewasa nanti.

Sedekah mempunyai maksud yang sama ialah menderma, membelanjakan wang atau memberikan sesuatu kepada pihak lain dengan hati yang ikhlas, tanpa mengharapkan sebarang imbalan sebagaimana dalam Firman ALlah s.w.t.

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh.” (al-Munafiquun: 10)

Pemberian sedekah, setidak-tidaknya dengan pemberian itu diharapkan dapat menebus dosa dan memberikan ketenangan, malah yang lebih utama mendapat ganjaran berkali ganda di sisi Allah, seperti dijelaskan Allah pada ayat 261, surah al-Baqarah, bermaksud:

“ Bandingan (pemberian) orang yang membelanjakan har tanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula me ngandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan me lipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (al-Baqarah:261)

Amalan bersedekah daripada satu sudut menggambarkan sifat insani, kemurahan hati dan keluhuran budi seorang manusia. Inilah sifat seharusnya diterap kepada anak-anak kita bukan meminta-minta dengan harapan untuk mendapat dengan lebih cepat dan mudah.

Ajarlah anak-anak kita “Jika memberi, anggaplah suatu pemberian yang kecil dan jika menerima daripada seseoarng, anggaplah suatu besar dan berharga”.
Share this article :

+ ulasan + 1 ulasan

9 Ogos 2013 pada 3:48 PTG

Ayat terakhir tu sesuatu yg baru dijumpai. Bagua !

Catat Ulasan

 
© Luahan hati yang tersemat
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger