Featured Post Today
print this page
Latest Post

Selamatkan diri sendiri dahulu sebelum selamatkan orang lain

Jika anda selalu berulang alik dengan menggunakan pengakutan udara, misalnya kapal terbang. Anda akan diulangi dengan cara-cara untuk mengunakan topeng gas apabila berlaku kecemasan. Paramugari selalunya memeringatkan jika ada penumpang meriba anak kecil, pastikan ibu dahulu mendapatkan penafasan oksigen barulah diberikan kepada anak kecil.

Secara logiknya ibu bapa yang sayangkan anak sanggup berkorban demi menyelamatkan anak-anak mereka. Tak kira bangsa atau agama, secara tabie ini memang benar.

Tapi dalam keadaan ini, ibu mesti mendapatkan oksigen dahulu, barulah anak kecil diberikan penafasan. Konsepnya mudah, seorang yang nak menyelamatkan orang lain mestilah mempunyai kekuatan yang mampu untuk proses penyelamatan. Kalau anak itu diberikan penafasan mungkin ibu keletihan dia tak bertahan dengan maut dan tentu sekali dia juga tak mampu untuk menyelamatkan anaknya.

Pasal itu Allah memperingatkan tentang hal ini "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (at-Tahrim, 66:6)

Allah pun sebut selamat diri kita dahulu, baru selamatkan keluarga kita.

Kalau Ayah tak solat, keluarganya tak mungkin solat melainkan Allah menyayanginya. Kalau Ayah tak ambil indah pasal aurat, keluarga pun akan terabai pasal aurat.

Sebagai ketua keluarga, prihatinkah kita dengan tingkah laku isteri kita. Anak perempuan kita. Ramai orang yang tidak lekang dek surau dan masjid. Solatnya dan ibadatnya cukup menyentuh hati, tapi malang keluarganya masih terumbang ambing.

Pasal itu pernah seorang kawan yang telah kerkahwin lebih drp 15 tahun meminta pandangan saya mahu bercerai dengan isterinya saya menasihatkannya lebih baik bercerai. Dia punyai anak ramai dan dia pelik bertanyakan saya kenapa awak seorang sahaja setakat ini menasihatkan saya bercerai sedangkan semua mereka suruh saya bersabar dan mempertahankan rumahtangga.

Saya jawab ringkas, awak baik amalannya, setahu saya puasa Isnin dan Khamis jarang sangat tinggal, tapi awak tak boleh kawal isteri dan anak-anak. Sekurang-kurang awak telah lepas satu daripada kaitan api neraka di titian sirat nanti.

Dia terdiam.

Perkuatkan diri kita daripada perkara yang nampak remeh tetapi sebenarnya adalah semacam api dalam serkam memakan amalan dan tanggungjawab kita sehingga kita lemah dan tidak boleh berhadap dengan Allah kerana kita mengabaikan tanggungjawab untuk menyelamat terutama dengan orang yang rapat dengan kita. Di masa itu kita adalah orang yang bangkrap di hadapan Allah walaupun kita didunia banyak amalan.
0 ulasan

Murah Rezeki atau Rezeki Murah?

Kita selalu diajar untuk berdoa, "Ya Allah murahkan rezeki ku" Memang doa ini biasanya tidak ketinggalan dimasa beribadat terutama selepas solat. Intipadi daripada doa kadang kala kita tidak ambil kisah sangat kerana doa yang kita lakukan sekadar menjadi satu tradisi untuk setiap kali beribadat atau dalam mana-mana majlis yang berciri majlis agama.

Rezeki adalah pemberian Allah, kadang kala kita dapat lebih dan kadang kala kita dapat kurang. Ada juga yang tak dapat hingga kebularan. Ada peribahasa menyebut rezeki dalam mulut harimau sekali pun boleh diambil. Betul makanan yang dah masuk dalam mulut kita belum lagi dijamin menjadi rezeki kita, selagi kita belum telan. Dah telan pun boleh keluar semula kalau Allah tak takdirkan itu bukan rezeki kita.

Kekayaan, kesenangan dan bahagia itu adalah hak Dia. Saya sebut kekayaan kerana ramai sangat orang membuat anggapan seolah-olah rezeki yang baik itu adalah kekayaan. Walapun tak tepat 100% tapi saya rasa perbincangan kali ini hampir menjurus maksud yang tak tepat ini.

Saya ada kawan baik seorang pekerja sendiri sebagai tukang rumah. Ada sebuah kereta 'berapa kali hand' Pegueot 404, dan sebuah lagi kereta Toyota Corolla Wagon buruk yang dibelinya RM3000 untuk mengangkut perkakasan pekerjaannya.

Dia tak lulus SPM, sekadar pangkat 3 setelah 2 kali ambil masih gagal. Akhirnya dia buat kerja yang mana patut.

Saya kategorikan dia ini Allah bagi "Rezeki Murah". Kenapa. Dia baik dengan semua orang, jika ke pasar selalu dapat ikan free, kalau belipun harganya murah. Jika dia membeli barang, barang yang dibeli juga murah harganya dibandingkan dengan orang lain. Nak baiki barangan elektrik dia juga ada kawan yang selalunya kawannya akan ambil harga kos barang yang ditukar.

Bukan itu sahaja, saya perhati sarapan pagi di warung dalam seminggu dia hanya bayar sendiri sekali atau dua kali sahaja. Ada sahaja orang tolong bayarkan. Walaupun dia nampak macam mengelak atau kadang kala mengeluarkan wang untuk membayar tapi rakan-rakan dia selalu menegah.

Satu lagi pakaian yang dipakai sehingga saya terlintas untuk bertanya adakah dia beli 2 atau 3 helai warna dan jenis yang sama. Kerana pakaian dia pun tak rosak.

Pernah kita terfikir, kenapa kita beli barang selalu mahal sedangkan orang lain beli lebih murah. Pakaian, peralatan dan apa sahaja milik kita selalu rosak sedangkan kita baru beli. Kita sellau sakit dan perlu banyak duit untuk perubatan.

Murah rezeki itu tidak semestinya kaya, tapi Allah memberikan kita kerbekatan pada rezeki kita. Jika membeli kita dapat murah, jika mengguna selalunya lama, tak mudah rosak. Pakaian dan peralatan kita selesa. Kesihatan kita baik, walaupun ada sakit sekadar Allah menguji tetapi bukan sakit yang menyebabkan kita terpaksa mengeluarkan perbelajaan besar untuk pengubatan.

Allah akan memberikan  kita apa yang ada pada orang lain, hanya mungkin kita tak dapat awal, tapi kita juga akhirnya dapat merasainya.

Bersyukur dengan apa yang ada, sesungguhnya jarang orang bersyukur!



0 ulasan

Menolong atau mengenakan bayaran?

Kawan saya adalah seorang guru sains, dia juga ada kemahiran komputer. Kemahiran komputernya merangkumi pelbagai aspek, membaiki, membuat desktop publishing, programming asas, membuat video, internet, membina laman web, server dan malah dia juga tahu sikit sebanyak php.

Kemahirannya membolehkan dia membuat kerja part-time dan saya percaya kalau dia membuka kedai komputer kedainya maju kerana dia adalah seorang yang jujur dalam banyak hal.

Kawan saya ini tak suka berniaga malah jika dia membaiki atau membuat apa sahaja, sedikit pun bayaran tak dikenakan.

Saya pernah katakan kepada dia kenapa dia tak ambil bayaran. Rugilah macam tu. Sesetengahnya orang yang ditolong itu mampu untuk membayar, sekurang-kurang membantu duit poket dia.

Dia tersenyum dan menjawab, "Tak ambil bayaran lebih menguntungkan". Gelaknya membuatkan saya terfikir.

Dia kata pada saya. Saya bagi satu contoh untuk membuktikannya. Pada tahun 2001 iaitu 10 tahun lalu saya telah membaiki komputer sebuah kedai percetakan. Kalau upah biasa saya sepatutnya dapat RM100 pada masa itu, tapi satu sen pun saya tak ambil walaupun beberapa kali cuba diberi oleh tuan punya kedai percetakan tersebut.

Pada logiknya kalau saya ambil duit itu pun tak apa pasal tokel kedai percetakan itu adalah paling besar da maju di kawasan saya.

Akibat daripada tak ambil duit, hubungan saya dengan tokel itu cukup rapat dan mesra. Malah jika kami tersempat dikedai makan, saya memang tak sempat membayar duit mesti dibelanjakan oleh tokel ini. Banyak kali juga saya nak cetak apa-apa kadang kala tak dikenakan bayaran pun. Kad kahwin saya, setelah berapa kali saya tak harga untuk bayaran di diamnya.

Cuba kira 10 tahun, berapa banyak saya dapat keuntungan. Ok. Kalau saya ambil duit masa 10 tahun lalu. Hubungan saya tak erat seperti sekarang, malah saya tak akan dibelanja setiap kali tersempak di mana-mana warung.

Hujah kawan saya itu cukup menyentuh, sifat bermurah, membantu, memberikan keutamaan kepada orang lain sebenar tidak sedikit pun merugikan kita walaupun pada zahirnya orang nampak rugi. Tapi hakikatnya kita dipandang mulia. Itu belum lagi janji pahala di sisi Allah s.w.t.

Kenapa susah untuk kita meringankan tangan membantu tanpa sebarang 'upah'
0 ulasan

Master, PhD dan darjat

Saya ada kawan yang lulusan biasa, bukan graduan bekerja di satu tempat bersama dengan ramai rakan sekerja yang lulusan agak tinggi. Dia nampak tak selesa kerana ada dikalangan rakan yang graduan selalu memperkecilkan pandangan atau pendapatnya.

Kawan saya ini Allah berikan sedikit kelebihan, dia agak pandai pasal komputer daripada hardware hinggalah solfware. Allah berikan dia 'terang hati' dalam bab ini. Ini perkara biasa, ramai orang tak pernah sekolah pun pandai berniaga, tok iman di tempat saya dulu sekolah SRP aje, pandai kitab agama seperti lulusan Azhar.

Suatu masa kebetulan si graduan yang selalu memperkecilkan kawan saya ini melanjutkan pelajaran mengambil master. Ada kajian dia buat yang memerlukan pengetahuan program SPSS (statistical analysis program in social science). Dia mencari orang untuk membantu dia memahami program SPSS ini dan ramai dikalangan yang ditanya merujuk dan meminta supaya dia mendapat bantuan kawan saya iaitu rakan sekerjanya sendiri.

Akhirnya dia datang ke rumah kawan saya dan hampir 3 malam berturut-turut kawan saya membantu dia menyelesaiakn kajian masternya. Walaupun dihulur wang kawan saya menolak dan hanya meminta belanja makan di warong kecil sahaja untuk 3 malam itu.

Lihat bagaimana Allah menunjukkan darjat seseorang itu boleh jadi tinggi walapun dia tidak graduan dia mampu mengajar graduan master dan PhD.

Kita kadangkala Allah bagi ilmu dan kekayaan. Kita lalai dan leka dengan rakan-rakan sekerja yang dianggap kononnya golongan kelas bawahan. Begitu juga dengan jiran di sebelah rumah, kita kadang kala pandang sebelah mata sahaja, tak kisah apa berlaku kepada mereka seolah-olah mereka tiada pun tak apa.

Ingat bila Allah nak menghina kita, kita terpaksa merangkak meminta bantuan kepada orang yang kita selalu pandang hina. Itu darjat sebenarnya!!
0 ulasan

Baca akhbar Cina

Pernahkah anda melihat bangsa lain, selain bangsa Cina di Malaysia ini membaca akhbar berbahasa Cina. Itupun kalau dia faham mungkin dia pernah bersekolah di sekolah kebangsaan jenis. Kita biasanya membaca jika kita mengerti maksud bacaan tersebut.

Saya bagi satu lagi contoh misalnya bahasa Jepun. Satu perkataan Jepun 私は本を読むのが大好き boleh dibaca secara fonetik "Watashi wa hon o yomu no ga daisuki". Rasanya semua orang boleh baca walaupun 'teelor'.

Baca sekadar tak tahu makna, mungkin membuat orang mengganggap serong kepada kita. Bayangkan kita baca dengan nada berlagu untuk huruf-huruf fonetik Jepun.

Tapi berbeza dengan al Quran dan bahasa arab yakni bahasa al Quran. Kita diajar cara tajwid membacanya. Kita juga baca dengan nada yang kuat, malah berlagu.

Jika di tanya secara rambang kepada 10 orang misalnya yang sedang bertadarus al Quran di masjid, rasanya kita boleh dapati dan tidak mustahil untuk kesepuluhnya tidak tahu bahasa arab, tidak tahu apa yang dibaca seolah-olah berlagak hebat dengan bacaan tersebut tanpa tahu apa maknanya.

Pelikkan. Tak ada pun orang kata mereka ini seperti orang sewel sebagaimana mereka yang membaca akhbar Jepun dengan nada kuat tapi tak fahampun bahasa Jepun.

Anda pernah berfikir sebegini? Kenapa ya?
0 ulasan

Barang sekadar pinjaman

Pernah anda melihat, seorang pekerja sebagai pemandu membawa kereta tuannya dan berlanggak seolah-olah barangan mewah macam miliknya kerana dia boleh membawa kereta itu ke mana sahaja, termasuk membawa anak dan isteri bersiar-siar kerana tuannya seorang "yang pemurah".

Begitu juga pekerja swasta sekarang yang banyak telah diberikan kenderaan syarikat atas dasar untuk penjimatan.

Guru pula dengan laptop PPSMI yang semacam harta dia sendiri. Banyak lagi kalau saya nak senaraikan di sini.

Hidup kita adalah pinjaman daripada Allah "Yang Maha Pemurah". Jangan kita leka seolah-olah hak kita dan kita berlanggak dengan pemberian ini.

Kita mungkin juis kepada pekerja pemandu yang berlanggak dengan kereta tuannya, tapi apa kurangnya dengan kita jika kita berlanggak dengan Allah s.w.t. sedangkan Allah memijamkan kita kehidupan ini sementara sahaja.

0 ulasan
 
© Luahan hati yang tersemat
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger